Tuesday 13 December 2011

~Steps By Steps~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
ini post ke 2 aku untuk hari ini
saja je aku letak pic orang naik tangga tu
sbb naik tangga dan kehidupan kita pon ada sedikit kaitan
dan aku baru perasan kaitan tu masa keluar dengan kawan aku
kaitanya macam nie..
korang sedia maklum kalau kita nak naik tangga sti akan terasa penat dan susah..
kalau turun memang senyum sampai ke telinga sebab tak terasa penat langsung..
erm..
macam kehidupan juga..
kalau ingin berjaya dalam kehidupan bukan lah senang macam makan kacang tu tapi susah.
tapi susah ini bukan la mustahil kalau kita hadapi kesusahan itu dengan usaha dan doa kepada yang ESA
sampai bila pon kalau nak berjaya tapi hanya ada angan2 mat jenin tapi tak ada usaha memang tak akan berjaya sampai bila2.
Kalau dah berjaya pula jangan lupa diri pula sebab nak berjaya amatlah susah tapi untuk gagal hanya sekelip mata boleh terjadi..
ingat..
niat+usaha+doa=berjaya
niat+angan2 mat jenin= lingkup..
hehe..
k la..
samapai sini je la aku mengarut..
assalamualaikum
^_^

Monday 12 December 2011

~Akhirnya~

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
semalam adalah hari paling aku tunggu dari sekian lama lagi
aku diterima masuk ke kolej komuniti selayang
gambar di bwah itu adalah bukti aku diterima di kolej itu
"course" yang aku dapat adalah makanan barat atau dalam bahasa inggerisnya
"western cuisine"
alhamdulilah apa yang aku nak dapat
erm..
course yang aku dapat nie hanyalah selama 4 bulan sahaja dan ini ada peringkat sijil sahaja
dan tak sehebat diploma tapi aku tak kisah
sekiranya pointer aku baik mungkin kolej akan menawarkan perkerjaan padaku
tapi aku rasa tak bersedia untuk terima apa2 kerja selagi ilmu di dada masih tidak mengcukupi
aku akan ambil kesemua course dalam bidang kulinari dan mendapat certificate dari
kolej komuniti itu sendiri
baru aku pikir pasal kerja dan diharap dengan sijil2 itu aku akan dapat gaji permulaan yang bagus.
Jikalau gaji yang aku terima tidak memberangsangkan aku akan further ke diploma pula.

(Surat Tawaran yang diterima)

Januari . 10. 2012 adalah tarikh aku untuk melaporkan diri ke kolej komuniti,
waktu itu aku suda berumur 20 tahun tapi baru nak mula belajar,
kawan2 aku yang lain kesemua lebih kehadapan dari aku
ada yang suda further ke degree tapi aku baru sahaja memulakan pembelajaran
huhu..
itulah nasib bila masa SPM malas nak belajar
aku tidak akan berputus asa
papa aku selalu cakap kat aku"better late than never"
itulah membuatkan api semangat aku tidak pernah luntur
mungkin rezeki kawan aku lebih cepat datang dari aku
walaupun mereka semua dah memulakan pembelajan lagi cpt dari aku
aku tetap bersemangat


erm..
aku rasa itu jela aku nak merepek..
doakan aku berjaya dalam kehidupan dan pelajaran..
^_^
(tak sabar nak pakai baju khas untuk tukang masak dan dapat set pisau)