Tuesday 13 December 2011

~Steps By Steps~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
ini post ke 2 aku untuk hari ini
saja je aku letak pic orang naik tangga tu
sbb naik tangga dan kehidupan kita pon ada sedikit kaitan
dan aku baru perasan kaitan tu masa keluar dengan kawan aku
kaitanya macam nie..
korang sedia maklum kalau kita nak naik tangga sti akan terasa penat dan susah..
kalau turun memang senyum sampai ke telinga sebab tak terasa penat langsung..
erm..
macam kehidupan juga..
kalau ingin berjaya dalam kehidupan bukan lah senang macam makan kacang tu tapi susah.
tapi susah ini bukan la mustahil kalau kita hadapi kesusahan itu dengan usaha dan doa kepada yang ESA
sampai bila pon kalau nak berjaya tapi hanya ada angan2 mat jenin tapi tak ada usaha memang tak akan berjaya sampai bila2.
Kalau dah berjaya pula jangan lupa diri pula sebab nak berjaya amatlah susah tapi untuk gagal hanya sekelip mata boleh terjadi..
ingat..
niat+usaha+doa=berjaya
niat+angan2 mat jenin= lingkup..
hehe..
k la..
samapai sini je la aku mengarut..
assalamualaikum
^_^

Monday 12 December 2011

~Akhirnya~

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
semalam adalah hari paling aku tunggu dari sekian lama lagi
aku diterima masuk ke kolej komuniti selayang
gambar di bwah itu adalah bukti aku diterima di kolej itu
"course" yang aku dapat adalah makanan barat atau dalam bahasa inggerisnya
"western cuisine"
alhamdulilah apa yang aku nak dapat
erm..
course yang aku dapat nie hanyalah selama 4 bulan sahaja dan ini ada peringkat sijil sahaja
dan tak sehebat diploma tapi aku tak kisah
sekiranya pointer aku baik mungkin kolej akan menawarkan perkerjaan padaku
tapi aku rasa tak bersedia untuk terima apa2 kerja selagi ilmu di dada masih tidak mengcukupi
aku akan ambil kesemua course dalam bidang kulinari dan mendapat certificate dari
kolej komuniti itu sendiri
baru aku pikir pasal kerja dan diharap dengan sijil2 itu aku akan dapat gaji permulaan yang bagus.
Jikalau gaji yang aku terima tidak memberangsangkan aku akan further ke diploma pula.

(Surat Tawaran yang diterima)

Januari . 10. 2012 adalah tarikh aku untuk melaporkan diri ke kolej komuniti,
waktu itu aku suda berumur 20 tahun tapi baru nak mula belajar,
kawan2 aku yang lain kesemua lebih kehadapan dari aku
ada yang suda further ke degree tapi aku baru sahaja memulakan pembelajaran
huhu..
itulah nasib bila masa SPM malas nak belajar
aku tidak akan berputus asa
papa aku selalu cakap kat aku"better late than never"
itulah membuatkan api semangat aku tidak pernah luntur
mungkin rezeki kawan aku lebih cepat datang dari aku
walaupun mereka semua dah memulakan pembelajan lagi cpt dari aku
aku tetap bersemangat


erm..
aku rasa itu jela aku nak merepek..
doakan aku berjaya dalam kehidupan dan pelajaran..
^_^
(tak sabar nak pakai baju khas untuk tukang masak dan dapat set pisau)

Friday 4 November 2011

Cobaan Sebelum Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum n salam 1 Malaysia

semua sedia maklum pada Ahad ini Seluruh Umat Islam akan menyambut

Hari Raya Aidiladha

pada tahun nie aku akan menyambut di kampung aku di Perak

biasa la kebanyakan sedara mara akan berkumpul pada hari raya

tahun nie mama aku nak buat lemang jugak tapi nasib aku baik la

sebab mama aku buat lemang tapi bukan dibakar tapi direbus

resepi nenek aku

nama lemang nie lemang kecoh

hahaha

jgn tanya aku macam mana nama tu terhasil

hanya arwaah nenek aku je yang tau

tahun nie pon tak de pakai baju melayu

pakai t- shirt biasa je

dah berapa tahun aku tak pakai baju melayu lengkap

nak dekat 5 tahun jugak la

bukan aku tak nak pakai tapi semua pon tau kan yg baju melayu nie kalau pakai lama2

panas

sangat panas

tapi raya tahun depan aku nak pakai baju melayu yang lengkap

itu azam aku

hahahaha

erm....

tahun nie mungkin raya qurban akan aku sambut sedang2 je

tiba2 je tak sihat, esok dah la nak balik kg

memang cobaan betul la..

ok lah tu aje aku nak merepek

semoga raya aidiladha tahun nie akan menjadi meriah

assalamualaikum..
^_^

Wednesday 12 October 2011

Bila Diriku Ingin Belajar



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

ramai kawan2 aku dh sambung belajar dan ada jgak yg hampir nak habis belajar..

itu pada peringkat STPM..
kira ok jgak tu

tapi bila masa aku akan tiba??..

diharap tahun 2012 akan menjadi sinar utk aku menyambung belajar ke peringkat yg lebih tinggi

aku mengaku aku agak cemburu kepada kawan2 aku yg sudah sambung belajar tapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk menyambung belajar..

nie semua salah diri aku sendiri sebab malas belajar

huhu..

AMEKAWWW!!!..

tapi aku bertekad ingin berubah dan mengubah cara hidup kluarga aku dan menaik taraf kehidpuan keluarga aku bagi menjadi lebih senang dan menyenangkn lagi kehidupan ibu bapa aku..

tapi aku agak pelik ada kawan2 aku yg dapat masuk U tapi ambk sekerat jln je tak rasa rugi ke katanya sebab tak dapat bawa subjek tu

sepatutnya itu lah memberi cabaran kepada kita..

tak kan nak senang je memanjang..

kalau la boleh tukar aku ngan dia..

berangan je lebih aku nie..

hahaha..

aku rasa stakat nie je lah aku merepek..

assalamualaikum semua..


^_^

Sunday 7 August 2011

Memasak Itu Tidak Susah

Assalamualaikum dan salam RAMADAN...
aku pon tak tau nk update pe lagi
oleh kerana itu aku ingin menceritakan pasal memasak
aku tengok trend zaman sekarang suka sangat beli makanan dari luar yg kita tidak tahu lagi makanan itu berkhasiat atau pun tidak
sebenaranye memasak nie bukan la kerja yang susah cuma kat dalam badan itu penuh dengan vitamin M
vitamin MALAS...
hahahaha
kita kalau nak masak mesti tau setiap bahan itu apa fungsinya dan apa rasa bahan tersebut
insyaALLAH akan menjadi masakan yg nak dimasak tu
macam aku sendiri kebanyakan makanan yang aku masak nie bukan nye ikot
resepi tapi dok ikot selera sendiri je..
pernah sekali mama aku balik dari kampung bersama sedara aku dan diorang belum makan lagi
dalam peti ais pulak ada daging je
aku pun naik menggelabah..
pening nak masak apa lepas tu aku teringat pasal daging deng deng yg aku pernah rasa
aku pon tak tau resepi daging tu macam mana
tapi bila masak menjadi pulak
bahan2 yang aku guna
bawang besar,serai dan lada hitam
wah!!!..
sedap siot
moral value yg aku nk ckp kn...
tak de istilah tak tau masak sebenarnya
huhu...
bkn nak mengutuk tapi sakit hati bila sesiapa sahaja cakap tak tau masak khususnye kepada wanita
hehe..
sampai sini je la nak merepek....
hope enjoy...
kepada yang terasa cepat2 la belajar masak
^_^

Saturday 25 June 2011

~Bota Kanan Kampung Halamanku~

Assalamualaikum


salam 1 Malaysia..
hari nie ahad bersamaan 26.06.2011


aku dan family pulang ke kampung halaman..


saja2 je balik nak ziarah saudara mara di kampung


yg ada di kampung nie cik umi, cik lo,mak su n pak chu family..


suasana dan cara orang sini memang berlainan dari orang KL


di sini orangnye sederhana..


tidak terlalu bergaya dan tidak terlalu selekeh


yg paling unik di sini ialah stiap orang ada nama samarananye atau orang KL ckp nickname..


antaranya..


mat kambing,kulop ayo(arwah atok aku),mat kintan,param,jibar n so on..


hahaha..


unik kn??..


kat sini mereka lebih selesa hanya menaiki motor dari kereta..


katanye sbb senang nk cilok2..


huhu
kat sini pacik aku buka gerai..
jual makanan..


menunya simple sahaja mee kuah,mee goreng,mee hun goreng n kuey teow goreng..


dulu ada jual cakoi tapi sekarang stop dulu sbb kekurangan tenaga kerja


walaupun hanya itu je jual di kedai tapi orang yg datang tak putus2..
alhamdulilah
^_^
ok la nak pergi layan sepupu kat sini..
sampai sini sje je la..
layan...

Friday 3 June 2011

me me and me

Assalamualaikum...

salam 1 Malaysia..

dh mcm PM plak....

erm...

aku selalu dok cte psl org lain je..

meh aq ctekn psl diri aku plak...

nama aku Amirul Junaidi b. Johari..

sekarang nie umur 19 tahun...

aku dilahirkan pada 03.03.92..

cantik tu tarikh lahir aku..
ahahaha...

poyo ja...

aku mempunyai 4 adik beradik dan aku yg ke-3

aku ialah lelaki sulung dalam keluarga aku..

aku tinggal di tmn sri segambut...

rmai klau nk dtg snie memg sesat punya smpai ada sedara aku nak datang tepkse cancel sbb sesat jalan..

ahahaha...
hobi aku adalah masak dan aku suka mencuba masak resepi baru dan masih mencuba mencipta resepi aku sendiri...

bak org putih ckp in the making...

tapi selalunya akn jadi error..

tapi aku tak akan putus asa...

huhu..
semangat nie...

dan cita2 aku paling utama dalam bidang nie..

aku nak bina satu tempat yg dipgl Malay Town yg diaptasi dari China town...

kerana org melayu bkn sahaja ada di Malaysia tapi ada di seluruh dunia...

dan nak buat org melayu menjadi salah satu kaum terpenting di dunia..
besar tu cita2 aku..

harap2 semua nya akan terlaksana...

dan ini adalah benda2 aku paling suka dan tak suka buat...

:-


benda aku suka buat


1. Memasak


2. Makan


3. Tengok Wayang


4. tidur


5. Dengar dan tlg org bila seseorg itu ada masalah



Benda aku tak suka


1. Budak yg pikir diri dia bagus


2. Bawak moto


3. Dengar bebelan


4. Ubat aku habis(INHALER)


5. Kawan bila susah baru nk ingat tapi bila senang dilupakan...


itulah diantara benda aku suka dan tak suka..


huhu..


poyo je lebih aku nie..


ahahahaha..
hopefully korg enjoy post aku kali nie..
ENJOY
^_^