Tuesday 13 December 2011

~Steps By Steps~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
ini post ke 2 aku untuk hari ini
saja je aku letak pic orang naik tangga tu
sbb naik tangga dan kehidupan kita pon ada sedikit kaitan
dan aku baru perasan kaitan tu masa keluar dengan kawan aku
kaitanya macam nie..
korang sedia maklum kalau kita nak naik tangga sti akan terasa penat dan susah..
kalau turun memang senyum sampai ke telinga sebab tak terasa penat langsung..
erm..
macam kehidupan juga..
kalau ingin berjaya dalam kehidupan bukan lah senang macam makan kacang tu tapi susah.
tapi susah ini bukan la mustahil kalau kita hadapi kesusahan itu dengan usaha dan doa kepada yang ESA
sampai bila pon kalau nak berjaya tapi hanya ada angan2 mat jenin tapi tak ada usaha memang tak akan berjaya sampai bila2.
Kalau dah berjaya pula jangan lupa diri pula sebab nak berjaya amatlah susah tapi untuk gagal hanya sekelip mata boleh terjadi..
ingat..
niat+usaha+doa=berjaya
niat+angan2 mat jenin= lingkup..
hehe..
k la..
samapai sini je la aku mengarut..
assalamualaikum
^_^

Monday 12 December 2011

~Akhirnya~

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
semalam adalah hari paling aku tunggu dari sekian lama lagi
aku diterima masuk ke kolej komuniti selayang
gambar di bwah itu adalah bukti aku diterima di kolej itu
"course" yang aku dapat adalah makanan barat atau dalam bahasa inggerisnya
"western cuisine"
alhamdulilah apa yang aku nak dapat
erm..
course yang aku dapat nie hanyalah selama 4 bulan sahaja dan ini ada peringkat sijil sahaja
dan tak sehebat diploma tapi aku tak kisah
sekiranya pointer aku baik mungkin kolej akan menawarkan perkerjaan padaku
tapi aku rasa tak bersedia untuk terima apa2 kerja selagi ilmu di dada masih tidak mengcukupi
aku akan ambil kesemua course dalam bidang kulinari dan mendapat certificate dari
kolej komuniti itu sendiri
baru aku pikir pasal kerja dan diharap dengan sijil2 itu aku akan dapat gaji permulaan yang bagus.
Jikalau gaji yang aku terima tidak memberangsangkan aku akan further ke diploma pula.

(Surat Tawaran yang diterima)

Januari . 10. 2012 adalah tarikh aku untuk melaporkan diri ke kolej komuniti,
waktu itu aku suda berumur 20 tahun tapi baru nak mula belajar,
kawan2 aku yang lain kesemua lebih kehadapan dari aku
ada yang suda further ke degree tapi aku baru sahaja memulakan pembelajaran
huhu..
itulah nasib bila masa SPM malas nak belajar
aku tidak akan berputus asa
papa aku selalu cakap kat aku"better late than never"
itulah membuatkan api semangat aku tidak pernah luntur
mungkin rezeki kawan aku lebih cepat datang dari aku
walaupun mereka semua dah memulakan pembelajan lagi cpt dari aku
aku tetap bersemangat


erm..
aku rasa itu jela aku nak merepek..
doakan aku berjaya dalam kehidupan dan pelajaran..
^_^
(tak sabar nak pakai baju khas untuk tukang masak dan dapat set pisau)

Friday 4 November 2011

Cobaan Sebelum Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum n salam 1 Malaysia

semua sedia maklum pada Ahad ini Seluruh Umat Islam akan menyambut

Hari Raya Aidiladha

pada tahun nie aku akan menyambut di kampung aku di Perak

biasa la kebanyakan sedara mara akan berkumpul pada hari raya

tahun nie mama aku nak buat lemang jugak tapi nasib aku baik la

sebab mama aku buat lemang tapi bukan dibakar tapi direbus

resepi nenek aku

nama lemang nie lemang kecoh

hahaha

jgn tanya aku macam mana nama tu terhasil

hanya arwaah nenek aku je yang tau

tahun nie pon tak de pakai baju melayu

pakai t- shirt biasa je

dah berapa tahun aku tak pakai baju melayu lengkap

nak dekat 5 tahun jugak la

bukan aku tak nak pakai tapi semua pon tau kan yg baju melayu nie kalau pakai lama2

panas

sangat panas

tapi raya tahun depan aku nak pakai baju melayu yang lengkap

itu azam aku

hahahaha

erm....

tahun nie mungkin raya qurban akan aku sambut sedang2 je

tiba2 je tak sihat, esok dah la nak balik kg

memang cobaan betul la..

ok lah tu aje aku nak merepek

semoga raya aidiladha tahun nie akan menjadi meriah

assalamualaikum..
^_^

Wednesday 12 October 2011

Bila Diriku Ingin Belajar



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

ramai kawan2 aku dh sambung belajar dan ada jgak yg hampir nak habis belajar..

itu pada peringkat STPM..
kira ok jgak tu

tapi bila masa aku akan tiba??..

diharap tahun 2012 akan menjadi sinar utk aku menyambung belajar ke peringkat yg lebih tinggi

aku mengaku aku agak cemburu kepada kawan2 aku yg sudah sambung belajar tapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk menyambung belajar..

nie semua salah diri aku sendiri sebab malas belajar

huhu..

AMEKAWWW!!!..

tapi aku bertekad ingin berubah dan mengubah cara hidup kluarga aku dan menaik taraf kehidpuan keluarga aku bagi menjadi lebih senang dan menyenangkn lagi kehidupan ibu bapa aku..

tapi aku agak pelik ada kawan2 aku yg dapat masuk U tapi ambk sekerat jln je tak rasa rugi ke katanya sebab tak dapat bawa subjek tu

sepatutnya itu lah memberi cabaran kepada kita..

tak kan nak senang je memanjang..

kalau la boleh tukar aku ngan dia..

berangan je lebih aku nie..

hahaha..

aku rasa stakat nie je lah aku merepek..

assalamualaikum semua..


^_^

Sunday 7 August 2011

Memasak Itu Tidak Susah

Assalamualaikum dan salam RAMADAN...
aku pon tak tau nk update pe lagi
oleh kerana itu aku ingin menceritakan pasal memasak
aku tengok trend zaman sekarang suka sangat beli makanan dari luar yg kita tidak tahu lagi makanan itu berkhasiat atau pun tidak
sebenaranye memasak nie bukan la kerja yang susah cuma kat dalam badan itu penuh dengan vitamin M
vitamin MALAS...
hahahaha
kita kalau nak masak mesti tau setiap bahan itu apa fungsinya dan apa rasa bahan tersebut
insyaALLAH akan menjadi masakan yg nak dimasak tu
macam aku sendiri kebanyakan makanan yang aku masak nie bukan nye ikot
resepi tapi dok ikot selera sendiri je..
pernah sekali mama aku balik dari kampung bersama sedara aku dan diorang belum makan lagi
dalam peti ais pulak ada daging je
aku pun naik menggelabah..
pening nak masak apa lepas tu aku teringat pasal daging deng deng yg aku pernah rasa
aku pon tak tau resepi daging tu macam mana
tapi bila masak menjadi pulak
bahan2 yang aku guna
bawang besar,serai dan lada hitam
wah!!!..
sedap siot
moral value yg aku nk ckp kn...
tak de istilah tak tau masak sebenarnya
huhu...
bkn nak mengutuk tapi sakit hati bila sesiapa sahaja cakap tak tau masak khususnye kepada wanita
hehe..
sampai sini je la nak merepek....
hope enjoy...
kepada yang terasa cepat2 la belajar masak
^_^

Saturday 25 June 2011

~Bota Kanan Kampung Halamanku~

Assalamualaikum


salam 1 Malaysia..
hari nie ahad bersamaan 26.06.2011


aku dan family pulang ke kampung halaman..


saja2 je balik nak ziarah saudara mara di kampung


yg ada di kampung nie cik umi, cik lo,mak su n pak chu family..


suasana dan cara orang sini memang berlainan dari orang KL


di sini orangnye sederhana..


tidak terlalu bergaya dan tidak terlalu selekeh


yg paling unik di sini ialah stiap orang ada nama samarananye atau orang KL ckp nickname..


antaranya..


mat kambing,kulop ayo(arwah atok aku),mat kintan,param,jibar n so on..


hahaha..


unik kn??..


kat sini mereka lebih selesa hanya menaiki motor dari kereta..


katanye sbb senang nk cilok2..


huhu
kat sini pacik aku buka gerai..
jual makanan..


menunya simple sahaja mee kuah,mee goreng,mee hun goreng n kuey teow goreng..


dulu ada jual cakoi tapi sekarang stop dulu sbb kekurangan tenaga kerja


walaupun hanya itu je jual di kedai tapi orang yg datang tak putus2..
alhamdulilah
^_^
ok la nak pergi layan sepupu kat sini..
sampai sini sje je la..
layan...

Friday 3 June 2011

me me and me

Assalamualaikum...

salam 1 Malaysia..

dh mcm PM plak....

erm...

aku selalu dok cte psl org lain je..

meh aq ctekn psl diri aku plak...

nama aku Amirul Junaidi b. Johari..

sekarang nie umur 19 tahun...

aku dilahirkan pada 03.03.92..

cantik tu tarikh lahir aku..
ahahaha...

poyo ja...

aku mempunyai 4 adik beradik dan aku yg ke-3

aku ialah lelaki sulung dalam keluarga aku..

aku tinggal di tmn sri segambut...

rmai klau nk dtg snie memg sesat punya smpai ada sedara aku nak datang tepkse cancel sbb sesat jalan..

ahahaha...
hobi aku adalah masak dan aku suka mencuba masak resepi baru dan masih mencuba mencipta resepi aku sendiri...

bak org putih ckp in the making...

tapi selalunya akn jadi error..

tapi aku tak akan putus asa...

huhu..
semangat nie...

dan cita2 aku paling utama dalam bidang nie..

aku nak bina satu tempat yg dipgl Malay Town yg diaptasi dari China town...

kerana org melayu bkn sahaja ada di Malaysia tapi ada di seluruh dunia...

dan nak buat org melayu menjadi salah satu kaum terpenting di dunia..
besar tu cita2 aku..

harap2 semua nya akan terlaksana...

dan ini adalah benda2 aku paling suka dan tak suka buat...

:-


benda aku suka buat


1. Memasak


2. Makan


3. Tengok Wayang


4. tidur


5. Dengar dan tlg org bila seseorg itu ada masalah



Benda aku tak suka


1. Budak yg pikir diri dia bagus


2. Bawak moto


3. Dengar bebelan


4. Ubat aku habis(INHALER)


5. Kawan bila susah baru nk ingat tapi bila senang dilupakan...


itulah diantara benda aku suka dan tak suka..


huhu..


poyo je lebih aku nie..


ahahahaha..
hopefully korg enjoy post aku kali nie..
ENJOY
^_^

Sunday 15 May 2011

Jln2 di Penang








Hohohoho..
suda lama tak update..
huhu..

aku baru je dari Pulau Pinang iaitu kampung halaman papa..

kami balik satu family termasuk abg ipar aku yg pertama kali jumpa tok dan sedara mara di Penang..

sethu aku lebih dari 5 tahun kami tak balik ke sana setelah kematian nenek kesygan kami..

pada petang sabtu selepas papa balik dari kerja dalam pukul 2.30 kami bertolak dari rumah

pkul 6.30 kami sampai di penang..

persinggahan pertama kami di Sungai Bakap..

kawasan yg selalu kami duduk bila pergi ke Penang sebelum kematian nenek. sebab itu rumah nenek..

papa bawa kami ronda2 satu sungai bakap...

dlm ronda2 tu aku teringat saat aku masih kecil..

huhu..

selalu nak p beli mainan kt pekan berhampiran..

hahaha..

mase kecik ler..

dah besar jadi budak baik
^_^

lps 2 kami bertolak ke jeti Pulau Aman masa tu pun nak dekat maghrib sekejap je pg kat sana..

kt jeti itu dapat la bau haruman laut2 yg ada kat situ..

tapi tak la wangi sangat masin je baunya..

lepas pusing punya pusing biaslah perut dh laparr..

makan time...

mulanya nak pergi makan seafood kat batu kawan tapi tak jadi sebab kakak nak pergi makan char kuey teow kami pun pergi padang kota lama...

kat situ dah banyak perubahanye...

dulu kedai kt tepi jalan je tapi sekarang kerajaan dah bina satu food court yg lebih selesa tapi xla selesa sangt..

lps mkn kami pun balik ke rumah tok di batu Uban...

sembg2 ngan tok n chik smpai pkul 2 pagi...

feuuuuuuh!!..

mengantuk siot...

tido time...
hehehehehehe,...

keesokn pagi papa ajak pergi ke pasar pagi kat nibong tebal..

bemacam2 jeins makanan ada kat sana tapi paling mencuri perhatian apom telur..

aromanye bley wt org xthan...

kegemaran kterog la 2...

nyum2...

makan2...

arghhhhhhhhhhhh...

sdppppppppp!...

lps dh petang sikit kami pun start p pusing2 satu penang selps pak teh datg..

mula2 pusing2 kat balik pulau..

lalu kat lereng2 bukit...

tkut2...

tak mo naik lagi..

masa lalu kat situ banyak gerai2 jual buah2han..

kami pun singgah kt slh satunye...

mkn durian........

isi durian 2 memg kuning..

rasa lemak2 manis...

rm100 habis kat situ je..

lps semua dah puas kami teruskn perjlnan kami...

lps balik pulau kami nampak laut yg cntik sgt2..

tp geram la jgak sbb tak bawak bju spare..

klau tak dah terjun dh..

lupa plak nak bgitau..

laut tu kat Batu Feringghi...

kteorg berhnti sekejap kat situ utk nikmati permandangan yg tak dapat kita tgk kat KL..

masa tu cuaca panas aku ngan sepupu yg lain pergi dok rendam kaki..

sejuk siot air laut 2...

rasa nak terjun dah....

tapi nak jaga kemachoan yg ada aku buat dek je..
ahahahahahha...

lps 2 kami p mkn tgh hri kat Penang...
Restoran Nasi Kandar KASSIM..

rasanye not bad...

ok2 la..

tapi tandas dye bersih...

ahahaha...

makan punya makan sampi naik kembung perut Pak Teh plak nak balik..

spoil betul la...

tok n chik tepkse akur je la..

sbb dorg naik dgn Pak Teh sekali..
boring ler tak dapat pg jalan2 ramai2..

tapi itu semua tak lunturkn semgt geng2 KL..

kami teruskn pusing2 wlaupun tnpa konvoi yg lain...

kami singgah ke tokong Kek Lok Si..

aku tgk dari dalam keta je..
kakak,abg ipar n adik aku pg tgk..

mls nk pg sbb kne naik 1000 ank tangga...

kurus aku dibuatnya...

dah tak comel..
hehe...

next destination bukit bendera..

baru je ber iya iya nak naik tapi sampai je kat sana...

orang yg beratur 2 mengalahkn keretapi je..

punyalah panjang...

tak sanggup nak beratur tgh2 panas terik tu..

kalau ada aircond ok jgak...


selepas niat xkesampaian...
kami pun p balik ke rumah tok..

tiba2 kat satu kawasan tu mama ternampk papan tanda kedai Pak Ali yg jual jeruk 2...

kami pun buat la persinggahan terkhir hari tu..

tup2 tutup la plak...

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

geram toll...
tapi tak pe kami pg pekena mee pitchay..
WOW!!..

sodap siot...

rasanye lbey kurg mee rojak tapi de keistimewaan yg xdpt aq bongkarkn..

cewahhh..
cm expert je nk tau bahan kt dlm 2..
lps 2 baru la balik rumah tok...

pada malam hari yang sama pukul 11 mlm tbe2 tringin mkn nasi kandar..
pg la cri..

tapi aku tertarik kat satu gerai nie..
nasi kandar beratur..
setgh jam jugak aku beratur..
wlaupun pnat tp amatlah berbaloi..

kesdpan nasi kandar tu tak dapt dinafikn..

ayam kari dia lembut cukup rempah2 daging empuk sgt2 smpaikn org tua xde gg makan pon relek je dia kunyah n yg plg special telur sotong...

sedap tuh................

ahaha..
nyum2...

hingga menjilat tapak kaki...

hahahahaah...
smpai sini je kot aku merepek.,..

sbb keesoknye blik KL...
ENJOY
^__^












Sunday 8 May 2011

Generasi ke- 3

pau berintikn kaya(Home made)
mee kuah atau mee hailam yg terserlah kelazatanye



kueh panjang n kopi yg tiada tandinganye




KULOP MAT AMIN A.K.A KULOP AYO


adalah ayah mama aku dan dia juga merangkap atok aku


masa aku kecil aku cukup takut kat atok aku nie sebab dia tu garang sangat


asal aku jumpa dia mesti aku lari..


mana tak nye klau aku tak lari gerenti kena bantai kaw2 punya..


mama aku adalah anak sulong dari 6 adik- beradiknya


ermmmmmmmmmm...


skrg nie aku bukan nak cte salasilah keluarga aku tapi aku nak ceritakan kelebihan dan kepakaran atok aku..


masa atok aku muda,atok aku belaja buat mee hailam,pau n kueh panjang atau lbih dikenali sebagai cakoi kat sorg tauke cina nie..


selepas beberapa tahun atok aku belajar dia pun buka kedai kat Changkat Melintang,bota kanan Perak Darul Redzuan..


itulah destinasi aku kalau nak balik kampung,


aku diberitahu yang atok aku nie cukup hebat buat pau,mee hailam n cakoi malah boleh buat se-Kaya sendiri dan rasanye..


perrrrrrrrrrrrrrrrrgh!!!


hinggga menjilat jari..


tapi aku tak sempat nak merasa masakan yg dimasak oleh atok aku sendiri..


mungkin dah rasa masa kecik tapi tak ingat ler..


mse kcik mne ingat pe2 slain nk main je 24 jam n 7 hari seminggu..


hahahahahahahaha..


tahun ini banyak kenangan pahit yg di hadapi oleh keluarga aku..


1. kedai atok aku yg berzaman lamanya terbakar sbb gas bocor nasib xmletup mcm kt dlm cte mission impossinle tu..


2. kematian nenek aku yg aku sndri tak dapat hadir


kteorg nie lain sikit tak pgil nenek tapi N'cik..


3. akhir sekali kematian pak cik aku yg org pgil yeop brahmin


huhu..


nasib mak aq tabah hadapi semua rintangan yg berlaku tanpa mengeluarkn setitk air mata pun..


so tabah ma(dialek cina)..


aku pun tak macam tu..


kekekeke...


mama dan adik- beradiknye adalah generasi ke- 2 utk menymbung legesi atok aku..


sekarang nie yg masih meneruskan legasi atok aku hanya 2 orang sahaja...


pak cu dan pak mat..


pak cu masih menunggu masa nak buka kedai semula di Perak sbb kena bina balik kedai yg terbakr tu dan pak mat dh meniaga kt KL..


di Puchong Permai..


wlaupun hanya 2 orang pak cik aku saje yang truskn legasi tu ia sudah mencukupi..


aslkn orang tak lupa Kulop Ayo...


^_^
ENJOY

Wednesday 4 May 2011

..Mimpi Oh Mimpi..

Mimpi oh mimpi

dalam seminggu dua nie aku asyik mmpikn orang yg sama je

smpai xsenang duduk diwtnye sbb tkut de petanda2 something akan berlaku,

aq pun tnye la pendapat kwn2 aq dan kesemuanye bg pndpt yg berlainan..

ADUH!!!..

mana satu nak percaya nie???..

last2 aq cari kt dlm internet..

ada dkt satu blog nie..

nme blog tu nazandnad.blogspot.com..

mimpi yg di mimpikan di antara masa seseorang yg hampir lena

hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah.
mmpi2 ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan

kepada yg luar biasa.

bukti kebenaran mmpi dinyatakan oleh ALLAH S.W.T dalam firma-NYA yg bermaksud :

"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-NYA, kamu akan masuk

ke Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman"(Surah al-fath ayat 27)

xsmestinya jika kita asyik mmpikan orang sama akan bermaksud apa2..

bak org kte la mmpi ini adalah mainan tidur..

jgn percaya sgt dan aku dpt tau lg satu benda..

jika kta mmpikan seseorang bkn itu jodoh atau petanda tapi hanya mainan tidur sahaja

sbb terlalu memikirn orang 2 sampai terbwk ke mmpi..
itulah gamaknye..

selepas dapat tahu mmpi itu xde pe2 mkne legalah skit hati aku nie..

^_^

!!!Enjoy!!!

Sunday 10 April 2011

***Kolam Ikan***












































Hari ini bersamaan 22 april 2011 teringat plak psl kolam ikan yg kteorg wt

!!!...feuh...!!!

penat siot slame 2 bulan kteorg bertungkus lumus untuk menyiapkan kolam ikan tu

banyak la jgak perlekehkan usaha kteorg

sakit ati jugak tapi itu smer tak mematahkn semgt kteorg.. Amirul(aku),Nazrin,Syahidil,Faiz,Zhafri,Ustaz Wan,Ckgu Fatima n Ckgu Nuhairi

itulah diantara tulang belakang yg menjayakn program membina kolam ikan..

xkan ku lupa jasa diorang..

tanpa bantuan mne2 profesional pun kteorg dpt menyiapkn kolam itu tepat pada masanye

huhu.. kenangan terindah la bagi kteorang... ntah bila dapat buat cm tu lg.. huhu..

syiok habis

ENJOY!!!!

Wednesday 30 March 2011

Milol like sushi





Pernah kah korang semua makan makanan jepun yg terdapat di Malaysia???.. klau belum korg semua mesti mencubai nya.. diantara makanan jepun yg ada di Malaysia ialah Sushi.. that's one of my favourite food.. 1st aku makan sushi pada tahun 2009 dan aku terus menggilai sushi... sushi nie diperbuat dari ikan mentah yg disejukn.. memg ada sedikit bau hanyir,bau hanyir tu salah satu keistimewaan yg terdapat pada sushi.. huhu.. kalau tak percaya cubalah rasa.. sekali cuba pasti nak lagi..

hehehe..

sushi pon ada sejarahnye tersendiri..

sushi ini dulunya adalah makanan ringan bagi masyarakat jepun pada ketika itu

(pada tahun berapa xingat la plak)

ia disajikan kpd penjudi2 tegar yg main ketika itu kerana sushi diktekn senang utk dimakn dan ia tak mennggangu sedikit pon permainan diorang..

(kisah benar)

sushi juga ada beberapa jenis *Nigiri Sushi-hirisan ikan yg dimakan dgn nasi atau lauk lain *Maki-Sushi- sushi yg digulungkan dikenali juga sebagai Temaki itulaha diantara sushi yg aku kenal.. sikit je xbnyk.. itu je la aku nk merepek psl sushi nie... harap korg smer akan cuba merasai keenakan sushi.. Nyum..=)

Milol likes Sushi..

.................................................................................................

Wednesday 9 March 2011

1st Time













assalamualaikum n salam satu malaysia..
aq nk becerita psl kwn di post pertama aq,
KAWAN!!!!!
Aq de la wt pemerhatian sejak thun lps psl topik nie, sebnrnye kte sndri xpaham pe erti kwan..
WHAT'S REALY MEANING OF FRIEND'S????..
tapi bagi aq kwn nie kte kne iibaratkn sprt keluarga kte sndri,
bila kte ssh dye tlg kte n bler dye ssh kte plak tlg dye tanpa menhrpkn satu pon blsan daripada dia,
itulah la kwn nmenye.
jgn bila di dpn kte berbaik tapi di belakang mengutuk xhbis2,
wlaupun dia penah wt slh ngan kte ''JANGAN'' bls balik kerana itu bkn kje kte..
lagi satu aq perhatikn masa berbaik punyalh mesra mcm psgan 2 sejoli
tapi bler mempunyai sedikit pertengkaran jaja cte kt org
adakah ini dipgilkn kwn sejati?????!!!!
didlm perhbungan xkre la kwn or kekasih sti akn de sdikit salah faham
xkn nk ok je stiap mse x ke jd bosan klau cm 2..
ish3..
btul la kte org tua2 kwn gelak senang di cri,
kwn nangis ssh di cri..
LAYAN!!!!!!!!!!!!